Cara Terbaik Tingkatkan CPC Google Adsense

Cara Terbaik Tingkatkan CPC Google Adsense. Google Adsense atau lebih mesra disebut Adsense di kalangan blogger, merupakan platform mendapatkan income secara teratur dalam matawang USD. Bila income anda boleh dibayar dalam matawang terkenal dunia itu, secara tak langsung anda boleh jadi orang kaya baru kerana nilai tukaran wang asing yang agak tinggi berbanding Ringgit Malaysia (RM).

Buat masa ini Adsense membuat pembayaran termudah, dengan menggunakan wire transfer dan Paypal. Pembayaran pula tepat pada waktunya dan tidak ada timbul masalah yang agak mengarut. Setakat ini, saya sebagai blogger yang memasang iklan Adsense, tiada menghadapi masalah dengan mereka.

Cara Terbaik Tingkatkan CPC Google Adsense 


Cost per Click atau 'CPC' mempengaruhi jumlah income Adsense anda untuk satu-satu masa. Berapakah jumlah 'click' pada hari tersebut akan didarabkan terus dengan CPC yang blog anda perolehi. Jadi, bagaimana caranya nak tingkatkan CPC anda dari 0.07% contohnya, kepada 0.43%? Atau paling tidak dari 0.07% kepada 0.13%?

1. Trafik Berkualiti 


Mendapat trafik yang tinggi dan berkualiti adalah perkara terpenting untuk tingkatkan CPC Adsense anda. Trafik yang berkualiti adalah pengunjung yang singgah di blog, membaca apa yang di tulis dan kemudian klik iklan Adsense yang dipaparkan. Namun, jika pengunjung blog hanya singgah dan pergi, ia bukanlah trafik yang berkualiti.

2. Buat Kajian Niche Blog Yang Sesuai


Sudah banyak kali saya sentuh pentingnya niche atau konsep blog yang khusus. Blog rojak sukar untuk mendapat CPC yang tinggi. Contohnya blog saya niche nya adalah inspirasi wanita. Bermakna, saya akan tulis benda-benda berkaitan wanita seperti resepi, petua, fesyen dan motivasi. Alhamdulillah..., ianya nampak berhasil.

Saya juga memiliki blog kedua yang membawa niche penulisan karya dan cerita drama melayu. Ia juga tidak mengecewakan saya. Ada sesekali CPC Adsense blog ini cecah 0.40%.

Cara Terbaik Tingkatkan CPC Google Adsense

3. Authoriti Seluruh Blog


Pihak Google juga akan melihat keupayaan keseluruhan blog atau website dan adakah ia releven dengan kata kunci mahal. Autoriti blog yang baik mungkin akan dihadiahi dengan kata kunci lebih mahal kerana Google selalu menjaga pengiklannya.

Contohnya, jika blog anda tidak memiliki kata kunci yang specifik atau khusus, sukar bagi pihak Google untuk memberikan keywords harga tinggi. So, CPC anda juga tidak boleh meningkat. Sebab itu pentingnya sesebuah blog mengekalKan autoriti atau kebolehpercayaan yang tinggi.

4. Perletakan Iklan Adsense 


Ads placement atau perletakan iklan juga amat penting untuk meningkatkan CPC Adsense blog anda. Jika anda rasa header ads paling sesuai dan bagus prestasinya, anda boleh terus letakkan iklan di situ.

Tetapi sebaliknya jika letakkan banner iklan di bahagian foooter atau dalam posting, lebih menambahkan trafik maka anda boleh berbuat begitu. Kerana mengikut pendapat saya, pengunjung kurang klik pada banner di atas blog, jadi letakkan banner Adsense diruangan header adalah tindakan kurang bijak.
Cara Terbaik Tingkatkan CPC Google Adsense
Gambar sumber Techlila.com

Perletakan iklan yang betul mungkin akan menyebabkan anda dapat high price keywords yang boleh meningkatkan CPC anda.

Penutup


Cara-cara tingkatkan CPC Adsense di blog yang saya kongsikan di atas mungkin hanya sebahagian saja. Tetapi yang penting anda mesti mendapatkan trafik yang tinggi untuk nilai CPC yang tinggi juga.

Gunakan kata kunci terbaik di blog agar pihak pengiklan berjaya memberikan high price keywords kepada anda. Selain itu, letakkan iklan dengan betul dan tepat supaya pihak Google akan memberikan nilai CPC yang tinggi terhadap iklan yang paling banyak diklik.

Baiklah. Selamat berblog. Semoga CPC Adsense anda meningkat naik nilainya setelah membaca post saya di atas.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.