Blog Pageviews Lebih 1 Juta Bulan November 2016

Blog Pageviews Lebih 1 Juta Bulan November 2016. Ini sungguh menggembirakan saya. Setelah pageview blog agak merosot pada bulan lepas, bulan November membawa berita positif pula. Pageview blog meningkat semula pada bulan ini.

Pageview blog yang tinggi boleh mengundang banyak job kepada blogger tersebut, samada income iklan CPC dapat nilai yang bagus, mungkin boleh dapat buat advertorial, atau ada juga pengiklan yang berminat meletakkan iklan di blog kesayangan anda itu.

Blog Pageviews Lebih 1 Juta Bulan November 2016 


Blog Pageviews Lebih 1 Juta Bulan November 2016
Blog Pageviews Lebih 1 Juta Bulan November 2016 

Dariapda paparan print screen yang saya ambil daripada blogger.com, blog ini telah mencapai pageview yang agak baik iaitu lebih satu juta pada bulan November 2016. Pageview pada bulan November adalah 1,090,766.

Ada banyak faktor yang boleh menyumbang kepada jumlah pageview yang tinggi. Antaranya adalah faktor SEO. Ini semua orang pun tahu terutamanya blogger yang mahu mendapatkan profit dari blog yang diusahakan.

Namun jika anda berblog untuk suka-suka, lebih baik anda tak perlu fikir sangat tentang SEO. Ia bukan boleh jadi dan berjaya dalam sekelip mata, ia memerlukan komitmen yang tinggi.

Selain dari itu, blog mestilah mengandungi post yang banyak, bukan setakat satu atau dua post tetapi paling tidak sudah ada lebih daripada 20 post untuk blog baru dibina. Kemudian anda kena link kan satu entri kepada entri yang lain untuk lebih banyak 'readers engagement.' Link antara artikel pun kena betul dan ada kaitan tajuk yang dibincangkan.

Bila blog telah lebih aktif dan menjadi mesra dalam carian Google search, insyaa Allah pageview akan meningkat sedikit demi sedikit. Terus menulis walau ada kala pageview jatuh merundum. Itu dah adat berblog, bukan semuanya manis dan mulus. Hihi

Selamat berblog ya..

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.