Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2016/12/19

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Persediaan Anak Naik Sekolah

Persediaan Anak-Anak Naik Sekolah. Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Persediaan Anak Naik Sekolah. Cukup kah hanya belikan mereka baju, beg, peralatan tulis dan buku baru? Adakah cukup biarkan anak anda berjalan keseorangan masuk ke perkarangan sekolah pada hari pertama? Perlukah kita bekalkan persediaan mental dan fizikal untuk anak-anak?

Bukan mudah ya kekawan dan pembaca budiman bila anak-anak naik sekolah. Sebab, mereka dah puas sebulan lebih berada di rumah, dengan ibu bapa, abang kakak dan sebagainya. Jadi, kita kena segarkan balik minda mereka kepada sekolah.

Tentang persiapan alatan sekolah, adakah semuanya cukup?

Kalau anda nak mudah, boleh aje beli kat Lazada dengan kempen BACK TO SCHOOL. Katanya tengah hot sekarang ni ibu bapa order dengan Lazada. Tup tup sampai depan rumah..

Lazada Malaysia

BELI SINI SEKARANG


Tarihk tutup tawaran hingga 5 Januari 2017 sahaja. Grab now!!  

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Persediaan Anak Naik Sekolah 





Baiklah. Apa yang ibu bapa perlu ambil tahu bila anak-anak telah mula naik sekolah. Ada banyak perkara yang perlu difikirkan dan dititikberatkan. Mari kita lihat perkara-perkara tersebut:

1. Mood anak anda


Jangan ambil mudah mood anak anda bila sesi persekolahan bermula. Sediakan mereka dengan kata dan semangat yang ceria, sediakan sarapan yang disukai pada hari pertama sekolah, dan jangan lupa pakaian sekolah yang kemas di seterika. Ia penting agar hadir rasa selesa bila bertemu rakan-rakan baru atau lama nanti.  

2. Peralatan sekolah yang lengkap


Alatan sekolah yang lengkap amat penting bagi anak-anak. Segala buku yang telah dibeli mesti dilabelkan dengan namanya agar tidak berlaku kehilangan buku tulis atau buku aktiviti. 

3. Sesuaikan diri dengan kelas


Jika anak anda telah berubah kelas berbanding tahun sebelumnya, berikan dia galakan untuk bercampur dengan rakan sekelas yang baru. Samada anak anda turun atau naik kelas, bukan persoalan yang utama. Berikan dia kata-kata semangat untuk lebih memberi tumpuan di kelas dan kurangkan bermain.    

Semoga perkongsian ringkas tentang persiapan anak naik sekolah dapat memberikan ibu bapa sedikit gambaran supaya dapat melibatkan diri dengan anak-anak dan sesi persekolahan baru nanti. Berikan anak anda galakan dan kata-kata semangat agar mereka tampil ceria dan yakin pada tahun baru 2017.

Selamat bersekolah adik-adik...

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.