Cara Lembutkan Daging Dengan Cepat

aynora nur | ,April 13, 2013 |

Teruskan membaca dan temukan manfaatnya dari artikel Cara Lembutkan Daging Dengan Cepat

As-salam,

Cara Lembutkan Daging Dengan Cepat! | Mungkin anda terfikir nak memasak rendang ataupun gulai daging tengahari ini. Tetapi daging yang dimasak lambat benar lembutnya. Ini semakin melambatkan proses memasak terutamanya bagi ibu atau wanita yang bekerja.



Di sini saya kongsikan cara-cara melembutkan daging dengan cepat. Sebenarnya ada banyak cara, ini adalah antaranya:

  1. Masukkan daun nangka muda ketika merebus daging atau ayam kampung
  2. Masukkan daun betik muda juga lebih menjimatkan kos
  3. Boleh juga masukkan 2 biji panadol untuk 1 kilo daging
  4. Ada orang kata masukkan air coke bagi mempercapatkan proses melembutkan daging! Kelas gitu...
  5. Emak saya juga pernah masukkan sudu besi atau senduk besi untuk mempercepatkan proses merebus daging. Amat mudah, kan?
Dengan pelbagai pilihan yang mudah dan murah di atas, tiada alasan kita malas memasak daging di rumah (macam sayalah tu..hihi). Masalah daging lambat lembut tak ada lagi...orang yang paling happy tentulah anak saya yang baru nak bujang, dan menu kegemarannya tentulah 'Daging Masak Black Pepper"...

Selamat menjamu selera, happy reading!

Rasa Dan Tips - Inspirasi Wanita. Terima kasih kerana membaca Cara Lembutkan Daging Dengan Cepat
Tag : Petua
loading...
6 Komen untuk "Cara Lembutkan Daging Dengan Cepat"

tq share..byk jugak petua nak melembutkan daging ni..setakat ni belum pernah mencuba petua2 tersebut..

buah kurma juga cepat lembutkan daging petua paling selamat.

t/kasih ya, dapat satu lagi tambahan info

Tak pahit ke msk daun betik?

Dah cuba daun betik mmg pahit..klu buahnya tak pasti..

kalau yg gna panadol tu mmg btol..sbb mse praktikal dkat kitchen hotel dlu dorang mmg wat mcm tu..hehehe..tpi kak bnyk sngt 1 kg daging 2 biji pndol..huhuhu..nnti pening..:)

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.


Back To Top -->