Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/11/18

Resepi Ayam Goreng Madu Yang Sangat Mudah

Resepi Ayam Goreng Madu Yang Sangat Mudah. Pagi minggu ni masak apa yang sedap ya? Bila tengok ada udang galah saya pun masak lemak cili api. Dah siap masak sayur chap choy pulak. Lepas tu menung nak masak apa pulak untuk si bujang kecil saya sebab dia tak berapa suka dengan udang galah. Buka freeze ada ayam. Hmm.. masak yang mudah goreng je. Tapi nak bagi spesial sikit saya rasa nak goreng ayam dengan madu.

Haaa.. jomlah sama-sama kita buat ayam goreng madu yang amat simple ni.

JIKA inginkan kelainan dalam hidangan untuk rumah anda, apa kata cuba resipi ayam goreng madu.

Selain rasanya yang enak, aroma bahan kisar dan salutan madunya pasti digemari ramai. Malah ia juga mudah dan cepat disediakan.

Resepi Ayam Goreng Madu Yang Sangat Mudah


Resepi Ayam Goreng Madu Yang Sangat Mudah

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil)
kicap manis
2 sudu besar madu

Bahan kisar:

2 cm kunyit
2 cm halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
Cara penyediaan:

1. Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis,madu dan sedikit garam selama 1 jam.

Ayam yang diperap dengan madu dan bahan kisar

2. Goreng sehingga ayam masak/keperangan.

Toskan. Gaulkan sekali lagi bersama madu. 

Sedia untuk dimakan, yang ni saya tak buat pun. Nanti manis sangat. Tak selera pulak nak makan dengan nasi. Tapi terpulang cara masing-masing.

Selamat mencuba.

Berblog Ada Pasang Surutnya, Satu Masa Kita Di Atas Dan Ada Masanya Kita Gagal!

Berblog Ada Pasang Surutnya, Satu Masa Kita Di Atas. Manfaatkan sepenuhnya. Tapi manfaat ke jalan yang betul. Ada orang baca blog sebab suka-suka, terjumpa blog kita dalam enjin carian dan singgah. Ada orang baca blog kita sebab cari maklumat. Golongan yang ini memang desperate nak info dan puas hati dengan apa yang dia cari. Jadi, kalau tulis entri di blog biarlah berpadanan dengan tajuk yang anda tulis. Tajuk entri adalah pandangan pertama yang orang nampak dan baca.

Menulis blog pun ada etikanya. Kena tulis dalam bahasa yang mudah difahami, tidak menghasut, menipu dan sebagainya. Kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis. Ingat tu!!


Berblog Ada Pasang Surutnya, Satu Masa Kita Di Atas


Kejayaan berblog telah saya rasai. Income masuk beribu sebulan dari berbagai sumber. Antaranya:

1. Sumber dari iklan Adsense
2. Affiliate marketing untuk fesyen muslimah seperti Sweet Muslimah, Tudung Sicomel, dan juga kedai buku online Bookcafe. 
3. Iklan advertisement yang berbentuk native dan khas untuk mobile sahaja seperti Mobicow
4. Review produk dari beberapa jenama
5. Pendapatan dari Nuffnang yang memang setiap blog akan pasang pada permulaan berblog.. betul tak?

Ada banyak lagi sebenarnya income yang datang dari blog. Syukur sangat sebab pernah merasai hasil dari berblog.

Bila kita berada di atas dalam berblog.. semua datang macam air. Ramai pengiklan yang cari. Tapi ingat.. ramai juga yang tak puas hati dan cuba hack blog kita. Masukkan virus melalui pelbagai cara. Berhati-hatilah dengan kod html, atau javascript pengiklan yang kita pasang.

Bila blog telah diserang virus, dah susah nak dapat balik momentum hasil yang sama. Kena bermula dari bawah dan lebih berhati-hati. Itulah yang sedang saya lakukan. 

Namun yang penting jangan lupa berkongsi kepada pembaca blog anda dengan etika yang betul. Jangan berhenti berblog walau pelbagai halangan melanda.
Tiap kesusahan pasti ada kemudahan pada hujungnya.. kan Allah dah kata.

Istiqamah lah ya...

Di bawah ini adalah print screen dari entri saya terdahulu yang memaparkan pencapaian blog..

Bagaimana PV blog dapat capai 1 juta dalam tempoh 10 bulan bagi newbie 



Berblog Ada Pasang Surutnya, Satu Masa Kita Di Atas Dan Ada Masanya Kita Gagal!

Artikel ni saya tulis tahun 2013. Boleh baca terutamanya bagi newbie dalam blogging. Klik pada link tajuk di atas ni..


Berblog Ada Pasang Surutnya, Satu Masa Kita Di Atas Dan Ada Masanya Kita Gagal!



Semua di atas adalah paparan print screen tentang entri saya beberapa tahun lalu dan paling terbaru adalah ditulis pada tahun 2107, bulan oktober.

Saya pernah mengecapi PV sebanyak lebih sejuta untuk tempoh sebulan aje. Best kan?

Ini semua pengalaman berblog yang amat mematangkan saya.

Thank you!

2018/11/17

Berdoa Dengan Asmaul Husna Al Muhyi

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa al Muhyi| Al muhyi ertinya Maha Pemberi Kehidupan - Dialah yang memberi kehidupan dan kesihatan.

Allah SWT memang yang berhak menerima puji-pujian atas segala kekuasaan dan kasih sayangnya. Selain DIA, memang tak layak mendapat puji-pujian. Maka berdoalah dengan asmaul husna al Muhyi ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan yang memiliki kebesaran dan kekuatan dalam menyempurnakan permohonan hambanya. Jadi, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh agar Allah berasa belas dan kasihan akan kita, akan ketidakupayaan kita..


Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.



Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al Muhyi 


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:

Yaa Muhyi = 7 kali


Ertinya :  Maha Pemberi Kehidupan. Dialah yang memberi kehidupan dan kesihatan.

a) Jika seseorang mempunyai satu bebanan yang berat dan mengulangi nama-Nya ya muhyi sebanyak 7 kali setiap hari, insyaALLAH bebanannya akan dikurangkan.

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Mu'iid


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 

2018/11/16

Resepi Spaghetti Carbonara Buat Sendiri Di Rumah Memang Mudah

Baru minggu lepas makan spaghetti carbonara kat Big Food Restaurant. Sedap sangat hinggakan anak bujang makan satu pinggan besar pun tak cukup. Tapi redha bila ibu dia ni kata cukuplah.. makan jangan berlebihan, tak elok.. haha 

Resepi ni pun viral kat facebook MAHN dan saya pun jadi member sekali.. 

Jom cuba resepi spaghetti carbonara ni kekawan..

Resepi Spaghetti Carbonara Buat Sendiri Di Rumah Memang Mudah

Resepi Spaghetti Carbonara Buat Sendiri Di Rumah Memang Mudah


Resepi Spaghetti Carbonara Buat Sendiri 


(Menu utk 15 orang makan)

Bahan-bahan:

Sos prego: 3 tin (pakai tin yang kecil)
Buttercup : 1/2 petak
Bawang besar : 3 biji ptong dadu
Bawang putih (lagi banyak lagi best) : 10 -15 ulas dihiris
Lada banggala (pakai warna warni baru cantik😇) : potong dadu
Hotdog (ayam/daging) : hiris tau..
Lada putih
Lada hitam
Cendawan butang: 1 tin
Maggie cukup rasa/ cube ayam (kalau perlu)
Garam secukup rasa
Air masak

Bahan-bahan yang telah dipotong kecil

Cara masak kuah spaghetti carbonara:


1#. Panaskan buttercup, tumiskan bawang putih dan merah sampai naik bau. Kemudian masukkan semua bahan-bahan tadi.. masak dengan api yang kecil.

2#. Tambahkan air masak, gaul dengan kerap ya.. last sekali letak garam sedikit..siap!!!!

**menu ini dah cukup pekat dan sesedap rasa dah, tak perlu tambah apa-apa.. perasa tu kalau suka boleh tambah, sebab sos prego tu dah sedap.. simple shj

Cara masak mi spaghetti;


1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan minyak masak.


2. Masukkan spaghetti dalam periuk dan biarkan lembut. Lebih kurang 10 minit.


3. Angkat dan toskan. Gaulkan semula dengan minyak zaitun atau minyak masak. Biar lembut.


4. Dah siap. Boleh dihidangkan dengan kuah carbonara tadi. Curah di atasnya.

**ini sahaja barang yang diperlukan.

credit : Noor Hamidah‎ #mahn

Lazada 11.11 Blogger Contest: Unboxing Time!

Lazada 11.11 Blogger Contest: Unboxing Time! - Aduuh!! Penat tau jari kita shopping kat Lazada Mall masa 11.11 hari tu. Berebut-rebut certain benda/ barang tapi tak dapat. Semua sold out. Yang tinggal 2 atau 3 barang yang i tak minat pun. Itu yang pening jari i ni tau..

Bila dah beli dan checkout, nak bayar pulak pending payment. Semua stuck! Sampai 13 November baru boleh buat payment. Dan suksess. Actually Lazada beri masa untuk kita buat bayaran.. kalau tak silap 48 jam dari tarikh checkout kut..

Akhirnya dapat beli benda murah kat bawah ni. Jom tengok apa yang saya dapat...

Lazada 11.11 Blogger Contest: Unboxing Time!


Lazada 11.11 sales festival dah pun berlalu. Ada yang join beli barang, ada yang cuma window shopping.

Saya ada juga beli sikit-sikit dan barang yang murah-murah pada Lazada 11.11 sales festival tu. 

Unboxing time! 


Jom tengok apa yang saya dah beli masa 11.11 Shopping Festival hari tu. Hehe..

Lazada 11.11 Blogger Contest: Unboxing Time!

Cardigan Coat yang saya pilih dan beli masa 11.11 Shopping Festival. Memang berbaloi sangat.. separuh harga tu..

Cardigan amat selesa terutama untuk yang plus size ya, boleh dipakai ke mana saja. Kualiti kain pun bagus..


Authentic Guess Shoulder Bag, saya beli ketika 11.11 Shopping festival cuma RM105 sahaja. Beli pun sebab nak tukar-tukar beg, ada pilihan nak dipakai.. samada ke tempat kerja atau pun berjalan..


Multifunction car seat back storage bag grocery bags - untuk di letakkan di belakang seat kereta bagi kemudahan meletak barang jika perjalanan jauh. Murah juga.. so, dalam kereta nampak kemas aje. Kualiti storage bag ni biasa-biasa je, tapi boleh simpan kalau tak nak guna. Bila nak guna baru pasang..

So, macam mana dengan shopping anda di Lazada pada 11.11 yang lepas? Dapat beli barang atau wishlist anda?

Walau apap pun.. selamat bershopping la ya.. yang penting waspada selalu. Jaga keselamatan kad atau maklumat peribadi anda.

2018/11/15

Aynorawords #2: Seseorang Datang Untuk Pergi

Aynorawords #2: Seseorang Datang Untuk Pergi. Terkadang kita hanya berkenalan dengan seseorang hanya untuk diberikan ilmu. Dia memberikan kita pengajaran tentang hidup. Tentang segalanya. Kemudian.. tetiba dia hilang dan pergi dari hidup kita.


Kita kena tahu ada sesetengah orang hadir bukan untuk menjadi teman hidup kita. Ia datang sekadar singgah di hati. Waktu di landa situasi sebegini, kita hanya mampu melihat dia berlalu pergi.

Aynorawords #2: Seseorang Datang Untuk Pergi


Aynorawords #2: Seseorang Datang Untuk Pergi

Begitulah lumrahnya. Semua hanya pinjaman. Tak ada yang kekal abadi. Sebab itu, ada orang yang dipinjamkan sebentar kepada kita untuk kita mengecap bahagia. Ada yang dihantar kepada kita hanya untuk diajarkan luka. Dan kemudian Dia hadirkan pula seseorang untuk merawat duka kita.

Semuanya hanya sementara. Samada yang kita kenal rapat atau tidak. Orang yang kita sayang pun hanya pinjaman. Janganlah terlalu mengharapkan ia berakhir seperti apa yang kita rencanakan.

Ketahuilah .. hanya Allah sebaik-baik perancang!

#aynorawords
#luahan
#ceriterabahagia